Monday, October 31

Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha






klik banner untuk join ye korang !

assalamualaikum semua,maaflah sebab kali ni blog aku dipenuhi entri-entri yang pasal giveaway,contest,segmen tambah followers semua.kali ni giveaway dia agak menarik sebab hadiah dia merupakan lipstick.Aku tak rasa ni macam lipstick dia macam gloss tapi matte lah rasanya.Ni ikutkan apa yang aku perhati ye,tak kaji dalam dalam lagi..Teringin juga nak ada set makeup..walaupunn.. walaupunn hanya lip gloss,lipstick dan sekutu dengannya.. Orang kata apa.. 
   ' sikit sikit lama lama jadi bukit ' tapi rasanya aku tak perlu kumpul makeup set sehingga tinggi bukit.. melampau gamaknyaa haha.. tapi kalau dah minat tu,banyak mana sekalipun kita takkan rasa cukup kan , sebab minat jadi macam nak lagi nak lagi..

Shade dough by Hanis Zalikha ni katanya harga mencecah RM 50 ke atas. RM 55 okay.. Fuh,sape je nak bagi lipstick RM 50 tu senang senang kan? Sebab tu lah kita jangan lepaskan peluang keemasan keperakan kegangsaan ini..hehe manalah tahu ada rezeki nak menang kan. 

Okay,sekarang apa aku nak buat adalah menulis kebaikan yang pernah aku lakukan..haha bukan nak ro ya alif hamzah ye rakan - rakan..kerana ini merupakan syarat pertandingan..so,kita pun have to obey the rules in order to achieve something great or maybe greatest. haha merapu jap.. tutup mulut walaupun tangan yang menulis hiks.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RANDOM KINDNESS I'VE DONE

Assalamualaikum,memandangkan kita kena ceritakan kebaikan yang kita lakukan,aku terfikir sambil merenung ke kaca monitor milik mamaku.Lama aku fikir kebaikan apa aku dah lakukan.Aku ni bukanlah seorang yang selalu buat kebajikan kepada orang lain kerana tahap penyayang aku tak setinggi orang penyayang yang lain.Suddenly.. eceh cakap BI pulak.Aku teringat yang harini aku dah tolong mak aku.

Apa yang aku buat adalah,bangun pagi..kemudian turun menyusuri anak tangga ke bilik tetamu.Di bilik tetamu tersimpan barang berharga yang aku,abah dan mama sangat sayang.. Cuba teka apa benda ni.. sebab adik2 aku tak kisah sangat kalau benda ni ada ke takde ke.Dah teka ? ke penat dah nak meneka haha.. Mesin jahit..yeshh aku bangun and terus memesin baju aku..kerana itu merupakan hobi aku..menjahit.Beberapa jam lepastu,mama panggil suruh masak air.Aku jalan  ke dapur dan terus mengambil cerek untuk masak air.Alah benda biasa jer.Kemudiannya,aku ditugaskan untuk masak 'breakfast' untuk ahli keluarga aku..Yeah,ini pon simple juga.Aku masak cekodok. LOL.walaupun sounded agak cokia,tapi terimalah hakikat yang aku masak cekodok.. alah cekodok je bukan nasi lemak ke hahah..

Aku pon sambung menjahit baju aku..kerana sudah begitu lama hamba tidak menyentuh mesin jahit tercinta. HEH.then,aku nampak mama tengah vacuum kereta. Kesian mama,tadi aku langsung tak ambil tahu apa yang mama aku buat.Sekarang,mama aku tengah sakit sakit badan daripada kemas kereta tadi.Aku terus sarungkan tudung di kepala dan berjalan keluar melalui pintu utama rumah.Aku pun nampak ada sebakul baju lembap yang belum tersidai.Jadi,aku cakap kat mama..mama nak sidai ke? Nana sidai eh.. jadi,aku pon sidailah baju baju tu.Kebaikan ni pon takdelah macam hebat sangat..Perkara biasa anak sulung kena buat ;)

Aku masak lunch untuk fam.Sebenarnya lunch yang aku masak tak berapa masak sangat lah.. Hanya sediakan makanan atas meja dan goreng telur 2 biji,masak sup sayur for Jannah,kukus sambal ikan semalam dan panaskan kuah lemak kobis.Harini aku yang conquer dapur dan mengambil alih sedikit tugas mama aku.Tak sangka penat macam ni..Buat para ibu di luar sana, I SALUTE YOU !

hah,dengan itu berakhirlah random kindness story aku.Tak kreatif nampaknya.. sebab tak boleh nak fikir dah .. lagipon sebenarnya.. ini idea mama aku.Aku tanya mama apa kebaikan nana eh,so mama jawab ceritalah what you've done today.. idea mama kreatif cuma cara penyampaian aku kurang menarik kan,takpe aku dah puas dengan apa yang aku nak tulis and that is my random kindness story!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

instagram Nana : @nanahaha_
**Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**
dengan itu,aku pon mengakhiri lah entri kali ni dengan 

Image result for assalamualaikum
bye ! goodluck kepada yang join ;)



5 comments:

  1. Menarik.

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Menarik.

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Semoga berjaya nana..
    singgah sini tinggal jejak..

    ReplyDelete

Total Pageviews