Wednesday, October 12

Masalah Blog Aku


Haii.
 Blog oh Blog

Sukanya bila tengok blog orang template dia comel comel.Rasa geram je nak cubit cubit sampai berdarah. cehh. Kita teringin jugak nak ada blog cute baru rasa bangga sikit.Bukan apa,aku rasa takde apa yang menarik kat blog ni.Nak kata penulisan menarik,err tak kot.Nak kata tuannya lawa,hampeh.Jadi,dengan adanya kuasa kecomelan template blog,mungkin aku rasa boleh menjadi faktor penarik pembaca ke blog.

Aku selalu blogwalking tengok korang punya blog.Comel sangat sangat.Sampai ada rasa jealous.Tapi takdelah jealous macam  

    ' Ish asal blog dia lawa sangat ha? Aku punya ni haprak! Satu apa takda yang menarik ! '

Kita cuma macam ' Oh comelnya,satu hari nanti kot'

Tapi sekarang ni dah tak tahan sampai lah aku jumpa website blogskin.

Ohh,itulah website yang selama ni aku cari.Korang semua pakai template kat sini kan ? Dah download lebih kurang 3 template tapi still tak reti guna.Hua. Sesiapa yang pakar,bolehla ajar aku.
Rasa insecure lah tengok blog yang berseri-seri tu.

Aku rasa blog aku ni macam memerlukan isi yang best macam masalah-masalah remaja sekarang,apa yang aku lalui di sekolah,dan tidak lupa juga isu-isu cintan cinton yang menjadi perbualan hangat remaja zaman sekarang.No worries,fitrah manusia.Cuma jangan melebih !

Bila kita ada isi yang best,ayat yang perfect,penarik yang comel maka bilangan followers juga akan menjadi super extreme banyak kan ? Aish,bila lah ni? 

Update blog ;
hmm,buat masa sekarang ni agak susah nak meng-update blog disebabkan oleh kesuntukan masa.Tau tau jelah nak exam kan,ke ada diantara korang yang dah tamat pun,freedom daripada kesengsaraan belajar ? wah untunglah ! belajar takde masalah,cumanya..ada lah few things yang menghalang kita nak belajar,Kihkih faham faham jela.Salah satunya blog ni.Aku tak tahulah result kelak macam mana.Harapkan yang terbaik .

Memandangkan dah berbicara mengenai pelajaran,maka timbullah bibit-bibit keinsafan dalam diri.Sebabnya,masa kita menyeksa diri nak periksa ni sekejap je,tapi bila kita dapat result bagus esok,lama kebahagiaan kita kan?
faham ke apa aku cakap ni ? hehe.. tak faham boleh tanya 

Sampai di situ sahaja coretan saya pada kali ini,
sebabnya.. bibit bibit keinsafan dah timbul 
haha.. 
bye  !!



4 comments:

  1. Alamak Kak long,terlampau excited nk reply komen sampai tertekan button remove.sori...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hehe yeke.. tak sangka pulak mcm ni comel hihi

      Delete
  3. hahaha, mai pun sampai skrg duk pakai simple template je. takde bajet plak nk tukar tmplate, tapi nice kan yg template beli, nampak ekslusif...

    belajar elok2,hihihi. All the best.

    ReplyDelete

Total Pageviews