Sunday, December 4

Makan Makan di WestPlate


Assalamualaikum dan hye kepada rakan rakan blogger yang disayangi,pengunjung yang saya kasihi dan kepada pembaca yang setia membaca entri yang tidak menarik ni. Saya sayang anda !

Harini aku nak cerita pasal restoran makanan barat yang aku baru jerp singgah. Baru ke? Around last week rasanya dan ni merupakan kali pertama ever ever ever aku makan kat WestPlate ni. Yolah, sebelum ni asyik ke tempat yang sama je,mana tak boring orang kedai tuh en.. Pemilik kedai tu sampai dah ingat muka kitaorang sebab dah jadi pelanggan setia kat situ


Nah , muka tepi kedai dia. Eh.. ke muka depan ? Haha tak berapa nak observe sangat. 

Kalau nak order makanan western,mesti aku akan pilih Chicken Chop. Aku takut ah nak cuba makanan lain selain Chicken Chop tu,sebabnya aku takut rasa di tak sedap and portion yang dia bagi sikit. Haha ooops!  Atau kata lain,aku ni setia pada yang satu je la..


Haa, akak payung satu gambar Chicken Chop.

Harga Chicken Chop ni sama je mcm kedai lain.. lebih kurang RM 11.00 macam tu. 

Korang,memula bila aku baca en rasa cam murah,tapi bila tulis kat sini..rasa laju je jantung berdegup sebab macam mahal haha.. Yelah,biasanya makan restoran Melayu kira2 harga dalam RM 6 dah dapat sepinggan nasi goreng USA en. Aku pun jarang dapat makan western food, sekali sebulan camtu ? 


Ini Izzah punya. Abah pon order Lamb Chop gak. Anak beranak kambing katakan.. aku juga tak ketinggalan =D


Okay, ni mak aku punya.. cuba tengok benda yang termaktub dalam pinggan tuh.. macam2 ada..ayam diapulak besar gedabak. Korang jangan percaya gambar tu,sebab perspektif sudut gambar ni membuatkan ayam tu nampak kecik. Nampak sangat aku ni takde ciri2 atau gaya seorang photographer . 


Alamakk.. tertinggal pulak yang ni.. Patutnya aku letak gambar ni yang atas sekali sebab dia makanan appertizer.

Makanan yang kitaorang order tak nampak macam variety kan ?  aku malas nak ambik gambar makan diorang oleh sebab kitaorang order  makanan sama je.

Jom memeriahkan post nih dengan 2 gambar kedai ni.


awkward 

Maaf kepada akak yang termasuk dalam gambar ni, sebabnya aku yang patut duduk kat situ. Haha srs ah aku suka tempat duduk macam tu.


Kepala budak tu semak seh.

Alamak air tertinggal. Aku sempat ambik gambar air aku je sebab diorang semua haus giler.. Jadi aku ambik gambar minuman aku jelah sebab aku punya nampak paling slurpp !! ahh segarnyaa,manis dan berlemak.. aH Juss !! haha


Haa..kepala kerbau tu menambahkan kenikmatan minum Sirap Bandung nih..

ARGGHH sedapnye makan western food.. Anyone who's willing to buy me this kind of food ?
Haha jk, Bye byee.. 



P/S : aku ada banyak gila benda nak update tapi.. sampai sekarang aku tak jumpa usb kamera. If anyone in my family happen to read this post..Please help mee!!

Ceh,macam tak boleh cakap depan2 je.











10 comments:

  1. Cantik design kedai tu, hahaha, kak mai suka steak. Kureng sikit ayam ni, hehhehehhe....boleh tahan juga harga tu,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik akak.. ala2 cowboy gitu.. nana pulak jarang order steak nih hahaha sebab sakit gigi nak kunyah

      Delete
  2. yang chiken chop!! sedapnya .. pagi2 tgk makan memang berliur jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erghh memang berliur geram je tgk makanan2 tu kan kak unni 😂

      Delete
  3. sebulan skali gak kluar mkn western food ngn family.. hi 5 kita please ! haha
    tp sure mmg order lamb chop hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe hi5 ! lamb chop memang delisyes !

      Delete

Total Pageviews